| BELAJAR SECARA BERKESAN, |
|
|
|
|
Kepentingannya Cara Belajar PEMBAHAGIAN MASA KEHIDUPAN DI KAMPUS Berdikari Cara Mengatasi Masalah Di Kampus Antaranya : Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini. Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama. Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai. Dalam masalah penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu. Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus. Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus. Kumpulan pelajar di kampus adalah meruapakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan pencipta Nya.
Kepentingan Sikap positif dan negatif Sikap tersebut dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu sikap positif dan sikap negatif. Kajian-kajian yang pernah dijalankan di pusat-pusat pengajian tinggi telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang memiliki sikap positif itu lebih berjaya dalam kademiknya jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang bersikap negatif. Mereka yang bersikap negatif itu sering menumpukan fikirannya terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat disekelilingnya. Sebaliknya pelajar-pelajar yang bersikap positif itu lebih banyak berfikir dan bertindak secara positif. Mereka sanggup melupakan kelemahan-kelemahan yang terdapat disekelilingnya. Oleh yang demikian anda perlulah lebih banyak memiliki sikap positif. Contoh Sikap Negatif Di bawah ini dinyatakan beberapa contoh sikap negatif yang sering dimiliki oleh setengah-setengah pelajar. Ada pelajar yang sering tidak puashati terhadap pensyarahnya. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan cara penyampaian bahasa, bahan dan sebagai lagi. Pelajar begini lebih banyak memikirkan kekuranagn yang terdapat pada pensyarahnya. Ini menyebabkan timbul rasa tawar hati untuk balajar bersungguh-sungguh. Akhirnya ia kurang memberi perhatian terhadap kuliah-kuliah. Perbuatan begini dengan mudah mendorong ia ke arah kegagalan dalam peperiksaannya. Anda sepatutnya lebih banyak menanam dan memupuk sikap berbentuk positif. Misalnya, kita harus percaya bahawa tidak ada gading yang tidak retak. Tiap-tiap manusia ada kelemahannya. Jikalau anda menyelidiki diri anda sendiri tentu ada sedar kelemahan-kelemahan tersebut. Tetapi jangan kelemahan-kelemahan tersebut menyekat anda dari berusaha dan mencuba untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang memiliki sikap negatif yang banyak akan selalu dan sentiasa rasa tidak puas hati. Rasa tidak puas hati ini akan menghilangkan kekuatan dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Anda harus menumpukan lebih banyak masa , tenaga dan fikiran terhadap usaha-usaha kejayaan. Dalam hal ini sikap tolak ansur terhadap kelemahan-kelemahan manusia disekeliling anda perlulah anda berikan. Anda harus percaya bahawa di dalam masyarakat universiti dan kampus mana sekalipun akan terdapat kelemahan-kelemahannya. Apa yang perlu bagi kita ialah mencuba mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Andainya kita gagal mendapatkan kepuasan, janganlah pula dikaitkan dengan usaha-usaha yang lain sehingga membantutkan kemajuan dan kejayaan yang boleh dicapai. Sikap belajar yang positif boleh membantu anda dalam mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi. Sebaliknya pelajar-pelajar yang bersikap negatif sering mudah menyerah kalah apabila sahaja menghadapi kesulitan dan halangan-halangan. PEMBACAAN Di sini diperturunkan beberapa panduan membaca cepat dan cara membaca yang baik :- Semasa membaca tidak perlu menggerakkan bibir atau membunyikan suara. Cara begini menyebabkan bacaan itu terlalu lambat. Mata anda susah bergerak ke hadapan dengan lebih pantas. Ini menyebabkan bacaan itu menjadi lambat. Anda harus membaca ayat demi ayat seberapa yang boleh. Maksudnya janganlah membaca perkataan demi perkataan. Mata anda harus cepat melihat ayat atau baris di hadapan. Kepantasan ini akan diperolehi melalui amalan sehingga menjadi suatu tabiat dalam bacaan anda. Semasa membaca anda haruslah menumpukan perhatian, fikiran yang sepenuh terhadap bacaan itu. Ini perlu dilakukan jikalau tidak anda akan terpaksa mengulangi ayat atau tidak membaca semula beberapa halaman yang telah dibaca. Sebelum membaca sesebuah buku, eloklah terlebih dahulu dibaca tajuk-tajuk yang ditulis pada halaman kandungan buku itu. Ini perlu dilakukan supaya anda dapat mengetahui idea-idea secara keseluruhan yang terdapat dalam buku itu. Jikalau membaca buku-buku teks anda perlu membuat catatan mengenai isi-isi penting. Ini dapat dilakukan selepas membaca beberapa perenggan , halaman atau bab dalam buku tersebut. Dengan cara ini mudahlah disemak dan diingati isi-isi penting ini, kadangkala anda tidak perlu membaca keseluruhan ayat yang tertulis. Memadai sahaja membaca rangkaian ayat isinya. Setelah habis membaca , perlulah disemak dan disusun semula isi-isi yang penting yang telah dicatatkan itu. Jikalau perlu hendaklah ditulis semula dengan gaya bahasa sendiri supaya mudah diingati. Setengah bacaan dilakukan kerana berpandukan soalan yang dikemukakan lebih dahulu. Oleh itu pembaca menumpukan bacaannya untuk mencari isi-isi atau jawaban kepada soalan yang tadi. Cara ini juga boleh membantu mempercepatkan bacaan. MENGAMBIL PEPERIKSAAN Di sini dinyatakan beberapa panduan. 6.2 Menjawab Peperiksaan MENDAPATKAN PERTOLONGAN DAN BERSIKAP MENOLONG Anggaplah pensyarah-pensyarah anda sebagai bapa atau saudara tua yang sudah berpengalaman. Mereka juga pernah merasakan apa yang anda sedang rasai sekarang. Dalam hal peraturan dan pentadbiran universiti ini anda harus temui pengawai-pengawai tadbir, pendaftar bahkan Naib Canselor sendiri. Mereka pasti bersedia memberi penjelasan atau menolong mengatasi masalah-maslah yang anda sedang hadapi. Rujukan Anda tidaklah boleh semata-mata bergantung kepada apa yang dikuliahkan oleh ppenyarah-pensyarah sahaja. Cara belajar di sekolah tidaklah sesuai lagi digunakan di universiti. Sebenarnya anda boleh mendapat pengetahuan lebih daripada apa yang dikuliahkan dari buku-buku. Selepas kuliah anda hendaklah menghabiskan masa yang banyak dalam perpustakaan. Di sana anda dapat membaca buku mengenai tajuk-tajuk yang telah dikuliahkan oleh pensyarah. Untuk memudahkan anda memilih buku-buku rujukan yang sesuai, anda perlu bertanyakan pensyarah-pensyarah berkenaan. Anda harus latihkan diri anda sentiasa bergurukan buku-buku. Sekiranya terdapat sebarang kerumitan untuk memahaminya, bolehlah meminta bantuan dari pensyarah. Inilah cara belajar di universiti.` Mendapatkan Pertolongan. Ada kalanya seseorang pelajar terpaksa mendapatkan pertolongan dari orang lain. Pernah dikatakan iaitu seorang pelajar yang baik itu boleh berdikari, walau bagaimanapun, sesuatu rancangan dan cara-cara belajar yang telah dibincangkan denagan orang lain yang berpengalaman adalah lebih baik dan berkesan lagi. Setengah pertolongan-pertolongan yang boleh difikirkan adalah seperti berikut. Pertolongan dari kumpulan sebaya. Ini dirasakan amatlah perlu kepada pelajar-pelajar. Bukanlah semua perkara atau keperluan dapat kita atasi sendiri. Sungguhpun semanagt berdikari itu penting ada kepada pelajar-pelajar tetapi fikiran dan cadangan dari kumpulan sebaya boleh menambah dan melicinkan lagi sesuatu tugas atau rancangan kerja yang telah kita susun. Dalam masa mempelajari sesuatu tajuk pelajaran yang berkaitan dengan kursus , perbincangan dan pertolongan dari rakan sebaya sangatlah menguntungkan. Pertolongan dari pensyarah-pensyarah Pensyarah-pensyarah di UPM ini memang sedia memberi pertolongan kepada penuntut-penuntut. Sesuatu perkara berkaitan dengan sesuatu kursus yang diambil, syarahan yang diikutii ataupun kerja kursus yang ditugaskan kepada pelajar-pelajar adalah digalakkan berbincang dengan pensyarah-pensyarah yang berkenaan. Perkara seperti ini mudah dapat diaturkan jika pensyarah yang berkenaan diberitahu lebih awal. Pertolongan dari penasihat-penasihat Ada kalanya pelajar-pelajar merasa ragu-ragu mengenai kursus yang diikuti di UPM ini. Perkara seperti ini kadangkala boleh mengganggu fikiran dan keyakinan pelajar. Masalah ini boleh diatasi dengan mendapatkan maklumat lanjut dari penasihat-penasihat fakulti atau pegawai-pegawai yang telah ditugaskan mengenai perkara ini. Pertolongan dari doktor perubatan Pelajaran akan terganggu jika badan tidak sihat. Sebuah kereta tidak dapat berjalan dengan baik jika ada pesawatnya yang rosak. Di UPM ini memang ada doktor-doktor perubatan yang sedia menolong dan menasihatkan pelajr-pelajar dalam perkara ini. Anda bolehlah ,menemui mereka bila-bila masa yang dikehendaki. LUPAAN DAN INGATAN Lupaan Apakah yang menyebabkan kita lupa. Ada baiknya jikalau kita menjadi lupa. Antaranya ialah: Gangguan Kita menjadi lupa kerana banyak gangguan. Maksudnya selepas kita membaca atau mendengar sesuatu, kemudiannya kita membaca atau mendengar pula yang lain maka perkara yang sebelum itu akan terluput dari ingatan. Tumpuan fikiran Satu lagi kemungkinan seseorang itu cepat lupa ialah sewaktu ia membaca atau mendengar sesuatu ketika itu tumpuan perhatiannya tidak sepenuh kepada yang didengarnya. Ini menyebabkan perkara tersebut tidak dpat dipertahankan lebih lama diingatannya. Faktor masa Sesuatu yang telah anda pelajari beberapa bulan yang lampau mungkin tidak dapat diingati dengan sepenuhnya hinggan hari ini. Ini disebabkan oleh lamanya masa yang telah berlalu. Dalam tempoh itu banyak perkara-perkara baru yang anda pelajari itu telah mengambil tempat dalam ingatan sehingga yang sedia ada telah luput dari ingatan anda. Ingatan Untuk mengatasi masalah lupaan anda perlu mempunyai beberapa panduan. Memanglah jikalau boleh kita mahukan segala yang dipelajari itu tersimpan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya. Tetapi ini tidak mungkin berlaku. Walau bagaimanapun panduan dibawah ini dapat menolong anda mengingati sesuatu dengan lebih lama. Minat. Ahli-ahli psikologi bersetuju bahawa minat memainkan peranan penting dalam pelajaran. Seseorang pelajar mestilah mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu. Ia tidak akan dapat mengingati perkara yang dipelajari sekiranya ia tidak berminat dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian anda mestilah cuba meninggalkan minat terhadap perkara yang sedang anda pelajari. Pilihan Amatlah mustahil bagi seseorang untuk mengingati secara perinci akan semua isi-isi penting dalam satu tajuk yang telah dipelajarinya. Oleh yang demikian, ia perlu memilih isi-isi penting sahaja. Isi-isi kecil tidak perlu dibimbangkan. Cara ini lebih mudah untuk mengingati isi-isi tersebut. Misalnya semasa mengambil nota-nota kuliah , janganlah anda cuba mencatatkan setiap perkataan yang diucapkan oleh pensyarah. Tumpuan fikiran Anda perlu memberikan tumpuan fikiran yang sepenuh terhadap perkara yang dibaca atau yang dikuliahkan. Tanpa tumpuan fikiran sepenuhnya , anda tidak mungkin dapat mengingati idea-idea penting. Pemahaman Anda mesti terlebih dahulu memahami idea atau konsep perkara yang dipelajari. Fahaman yang mendalam terhadap perkara tersebut perlu diperolehi terlebih dahulu. Jikalau tidak mustahil anda dapat mengingati isi-isi penting dalam perkara-perkara yang dipelajari. Ulangan Tidak ada prinsip yang lebih penting untuk mengingati sesuatu melainkan melalui ulangan. Anda mesti mengulang-ulang sesuatu yang ingin diingati . Ulangan ini boleh dilakukan melalui bacaan, percakapan , perbincangan atau penulisan. Assosiasi Kita dapat mengingati sesuatu dengan mudah sekiranya dapat mengaitkan perkara tersebut dengan perkara atau idea yang ada kaitan dengannya. Misalnya , cuba fikirkan latarbelakang, kejadian nya atau perkara yang anda hendak ingati itu. Cara assosiasi ini dapat membantu ingatan anda. Tubi Belajar ( Overlearning) Dalam proses pembelajaran, terdapat peringkat-peringakat tertentu. Peringkat pertama ialah mendengar atau mengetahui perkara tersebut buat pertama kali. Peringkat kedua dapat memahaminya, peringkat ketiga dapat menggunakannya dan peringkat terakhir mencipta yang baru, berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang baru didapati. Proses ingatan juga hampir sama. Anda hendaklah membaca dan membaca beberapa kali, mengulang dan mengulangi lagi sehingga perkara tersebut benar-benar terlekat dalam ingatan anda. Ini suatu cara mengekalkannya dalam ingatan dengan lebih lama. Disalin semula drpd isi kandungan Buku Panduan Teknik Belajar yang diedarkan oleh Unit Kaunseling , Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. |
| < Prev | Next > |
|---|






